Monday, August 18, 2008

proposal pembinaan asrama dan surau RALK







Gambar tapak lokasi yang bersambung dengan pagar RALK sekarang. Tanah dibelakang ini telah dibeli dengan bantuan para penyumbang dengan harga RM130,000. Tanah seluas 16,000 kaki persegi ini sama luasnya dengan kawasan asrama RALK sekarang.

Assalamualaikum warrahmatullah hiwabarakatuh.

Rumah Amal Limpahan Kasih sedang mengusahakan pembinaan sebuah kompleks Kebajikan yang bakal menyediakan prasarana seperti:

Surau, asrama tambahan, pusat sumber, ruang belajar, dewan serbaguna, kantin termasuk dewan makan dan dapur, bilik rawatan kesihatan, bengkel projek untuk ibu tunggal.

Surau untuk memberi keselesaan beribadah kepada para penghuni di sini dan juga para tetamu yang datang berkunjung. Surau yang ada sekarang agak sempit dan tidak mampu menampung jika seluruh penghuni RALK yang kini berjumlah 75 orang termasuk kakitangannya ingin berjemaah serentak. Apatah lagi untuk menunaikan solat tarawikh di dalam bulan Ramadhan, kerana biasanya pada bulan yang mulia ini anak-anak yatim dan asnaf dari merata tempat sering berkumpul di RALK untuk majlis berbuka puasa di mana seramai lebih 200 orang yang ingin mendirikan solat terpaksa bergilir-gilirkerana ruang yang ada sekarang hanya
boleh menampung 60 orang jemaah sahaja dalam satu masa.

Selain dari surau, di lokasi yang sama juga asrama tambahan, akan dibina bagi menyelesaikan masalah penempatan para penghuni kami yang semakin bertambah dari semasa ke semasa. Asrama sedia ada yang sebelum ini adalah rumah sewa, sepatutnya didiami oleh 2 buah keluarga, kini mempunyai seramai 41 orang penghuni di dalamnya.

Memandangkan suasana asrama agak sesak dan kurang selesa, maka keperluan untuk membina asrama tambahan sudah turut menjadi keutamaan yang sangat perlu disegerakan.


No comments: