Monday, August 18, 2008
Aktiviti anak-anak RALK
Setiap hari khamis, malam jumaat dan kadang-kadang beberapa kali dalam seminggu ada majlis tahlil arwah di surau RALK, semua anak-anak, termasuk dari asrama puteri berkumpul, selain tahlil, bacaan Yassin dibacakan untuk disedeqahkan pada arwah ibu atau ayah dan nama-nama yang diberikan oleh mereka yang berhajat membuat kenduri tahlil arwah untuk kelauarga masing-masing, selain tu warga RALK tak lupa mendoakan kepada para penyumbang yang telah banyak mambantu RALK.
Gambar di bwh, kelihatan anak-anak RALk mengikuti krusus jangka pendek di Hotel Holliday Inn,Glenmarie, selama 4 minggu di mana merka diajar memasak kek dan pastry, mengemas bilik dan menyediakakan meja hidangan. Gambar berikutnya Anak-anak gunting rambut percuma, seorang sukarelawan mencurahkan baktinya dengan menggunting rambut anak-anak lelaki RALK secara percuma.
Juga kelihatan anak-anak puteri sedang makan durian di tepi jalan bersam Ustz Zawawi yang dipanggil ayah, dan umipun ada sekali. Mereka yang tak pulang ke kampung semasa cuti sekolah dibawa berjalan-jalan.
Gambar bawah ni menunjukkan sebahagian anak-anak RALK bergambar kenagan dengan tetamu yang melawat mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment