Monday, August 18, 2008

Aktiviti anak-anak RALK



















Setiap hari khamis, malam jumaat dan kadang-kadang beberapa kali dalam seminggu ada majlis tahlil arwah di surau RALK, semua anak-anak, termasuk dari asrama puteri berkumpul, selain tahlil, bacaan Yassin dibacakan untuk disedeqahkan pada arwah ibu atau ayah dan nama-nama yang diberikan oleh mereka yang berhajat membuat kenduri tahlil arwah untuk kelauarga masing-masing, selain tu warga RALK tak lupa mendoakan kepada para penyumbang yang telah banyak mambantu RALK.

Gambar di bwh,
kelihatan anak-anak RALk mengikuti krusus jangka pendek di Hotel Holliday Inn,Glenmarie, selama 4 minggu di mana merka diajar memasak kek dan pastry, mengemas bilik dan menyediakakan meja hidangan. Gambar berikutnya Anak-anak gunting rambut percuma, seorang sukarelawan mencurahkan baktinya dengan menggunting rambut anak-anak lelaki RALK secara percuma.
Juga kelihatan anak-anak puteri sedang makan durian di tepi jalan bersam Ustz Zawawi yang dipanggil ayah, dan umipun ada sekali. Mereka yang tak pulang ke kampung semasa cuti sekolah dibawa berjalan-jalan.
Gambar bawah ni menunjukkan sebahagian anak-anak RALK bergambar kenagan dengan tetamu yang melawat mereka.




proposal pembinaan asrama dan surau RALK







Gambar tapak lokasi yang bersambung dengan pagar RALK sekarang. Tanah dibelakang ini telah dibeli dengan bantuan para penyumbang dengan harga RM130,000. Tanah seluas 16,000 kaki persegi ini sama luasnya dengan kawasan asrama RALK sekarang.

Assalamualaikum warrahmatullah hiwabarakatuh.

Rumah Amal Limpahan Kasih sedang mengusahakan pembinaan sebuah kompleks Kebajikan yang bakal menyediakan prasarana seperti:

Surau, asrama tambahan, pusat sumber, ruang belajar, dewan serbaguna, kantin termasuk dewan makan dan dapur, bilik rawatan kesihatan, bengkel projek untuk ibu tunggal.

Surau untuk memberi keselesaan beribadah kepada para penghuni di sini dan juga para tetamu yang datang berkunjung. Surau yang ada sekarang agak sempit dan tidak mampu menampung jika seluruh penghuni RALK yang kini berjumlah 75 orang termasuk kakitangannya ingin berjemaah serentak. Apatah lagi untuk menunaikan solat tarawikh di dalam bulan Ramadhan, kerana biasanya pada bulan yang mulia ini anak-anak yatim dan asnaf dari merata tempat sering berkumpul di RALK untuk majlis berbuka puasa di mana seramai lebih 200 orang yang ingin mendirikan solat terpaksa bergilir-gilirkerana ruang yang ada sekarang hanya
boleh menampung 60 orang jemaah sahaja dalam satu masa.

Selain dari surau, di lokasi yang sama juga asrama tambahan, akan dibina bagi menyelesaikan masalah penempatan para penghuni kami yang semakin bertambah dari semasa ke semasa. Asrama sedia ada yang sebelum ini adalah rumah sewa, sepatutnya didiami oleh 2 buah keluarga, kini mempunyai seramai 41 orang penghuni di dalamnya.

Memandangkan suasana asrama agak sesak dan kurang selesa, maka keperluan untuk membina asrama tambahan sudah turut menjadi keutamaan yang sangat perlu disegerakan.


Sunday, August 17, 2008

Kebun / pertanian RALK











Kelihatan batas-batas yang dibina secara bergotong- royong oleh para sukarelawan dan para penghuni RALK.

Di antara tanaman yang diusahakan ialah, terung, cilia api, cili merah, serai, limau kasturi, limau purut, tembikai susu, dan sayur-sayuran seperti sawi dan kacang buncis serta bendi.


Nursery bunga















Datanglah ke Nursery Limpahan Kasih, terdapat pelbagai koleksi bunga-bungaan dan pokok-pokok yang boleh dibeli dengan harga yang berpatutan. Belian anda alah untuk menjana kewangan bagi menampung keperluan warga RALK.Sambil membeli kita beramal.

Orkid ini dijual dari RM 15 hingga 28, dan orkid butterfly pula harganya rm35



Kini RALK mengeluarkan sendiri tanah hitam yang dibungkus setelah belajar dari pembekal tanah hitam di sungai buloh. Harga runcit RM 2, tapi kalau anda beli 3 bungkus atau lebih harganya cuma RM1.50 sahaja.


Di waktu cuti anak-anak dan ibu tunggal yang tinggal di RALK akan turut menolong umi menjaga pokok-pokok agar sentiasa subur . Mudah-mudahan mereka dapat juga menimba ilmu tentang penjagaan pokok dan boleh buka nursery sendiri bila besar nanti.

di belakang asrama terdapat tempat untuk merawat pokok-pokok yang kurang subur dan bermasalah. Turut kelihatan pokok anggur yang menjalar di pagola yang ditanam sebagai percubaan.

Anak-anak RALK sedang melayan pelanggan dari Shah Alam yang ingin membeli bunga.


Pokok keladi merah ni harganya cuma RM 8.
Pasu-pasu pun ade. Selain tu, rumput karpet, rumput mutiara, dan juga turut dijual.

Projek ekonomi ini diusahakan untuk menambahkan sumber pendapatan RALK, di samping nak beri sedikit ilmu dan pengalaman kepada anak-anak di sini agar mereka tahu bagaimana nak berniaga. Selain tu jadi aktiviti tambahan pada yang berminat menanam pokok-poko, membaja, mengalih bunga dari polybag ke pasu. Alhamdulillah hasilnya boleh juga menokok tambah keperluan RALK. RALK sedang berurusan dengan jabatan pertanian dan mereka telahpun melawat dan akan bantu dari sudut teknikal, sumbangan anak benih dan baja.
RALK sedang berusaha untuk menjadikan nursery ini satu projek yang benar-benar berjaya hingga boleh membantu RALK berdikari dan mampu berkongsi rezeki ini dengan golongan yang memerlukan.