Saturday, December 22, 2007
Tuesday, September 25, 2007
Jamuan Iftar, Moreh & Sahur 15hb Sept 2007
Sekumpulan ibu-ibu mengumpul dana dari rakan sekerja dan rakan seperumahan untuk menganjurkan Jamuan Iftar & Moreh untuk penghuni dan pekerja RALK. Sejumlah RM1800 telah berjaya dikumpulkan melalui rakan-rakan sepekerjaan di Syarikat Penerbangan Yang Memberi Kacang Paket percuma, ahli egroup UKS dan juga dari kenalan dari Bukit Jelutong, Taman Bukit Subang dan Saujana Utama.
Rakan saya Adlina dari Saujana Utama telah dengan sukacitanya membeli ais krim potong sebagai pemanis majlis.
Menu yang menarik seperti Nasi Ayam, Sirap Bandung Bersoda, Pizza dan juga Ais Krim Potong menjadi tarikan utama. Semua makanan yang disediakan mencukupi sehingga untuk Sahur. Atas masaalah pengangkutan, penghuni perempuan berbuka puasa di asrama mereka di Tmn Bukit Puchong2. Menu yang sama telah di hantar ke asrama perempuan. Majlis ini telah dapat dijayakan dengan bantuan dari sekumpulan pelajar wanita dari Universiti Malaya yang telah menghadirkan diri secara sukarela di RALK Kg Seri Aman sejak dari siangnya untuk membantu urusan dapur.
Teacher Shafinaz tu yang berserba pink. 70% dari jumlah kutipan adalah hasil dari usaha Teacher Shafinaz. Donor lainnya termasuklah Mama Zuraini & Mama Akmar yang tidak dapat menghadirkan diri secara fizikal tetapi kehadirannya di rasai secara material.
Saturday, May 19, 2007
Bikes Donated By Public
Early March 2007, the children of RALK are enrolled to the nearby Sek Agama for the Fardhu Ain classes. RALK has requested bicycles donations from RALK-friends to enable the children to cycle to Fardhu Ain classes.
Alhamdullilah with thoughtful friends all around, RALK has been able to collect 15+ used bicycles and 6 new ones.
In the picture above, En Zawawi and the RALK children are waiting for the bikes being repaired.
~~ ~ God created many kind souls along the way of charity.
Rumah Amal yang ditubuhkan untuk membantu anak yatim, saudara baru dan keluarga miskin.
~~ ~~ RABAAH ABDUL AZIZ (FOUNDER) +6019 2227339
ZAWAWI B. RAMLI (CO FOUNDER) +6016 3627913 ~~
Friday, May 18, 2007
Tuesday, May 15, 2007
Peta ke Asrama Lelaki RALK
Salam,
Anda semua di jemput untuk melawat asrama lelaki RALK di Kg Seri Aman, Puchong !
Datang jangan tak datang.
BOYS’ SHELTER : +603 8061 8050,
Lot 115A, Jalan Bistari 3
Kg. Sri Aman
Batu 14, Puchong
47100 Selangor

~~ ~ God created many kind souls along the way of charity.
Rumah Amal yang ditubuhkan untuk membantu anak yatim, saudara baru dan keluarga miskin. ~~
~~ RABAAH ABDUL AZIZ (FOUNDER) +6019 2227339 ZAWAWI B. RAMLI (CO FOUNDER) +6016 3627913 ~~
Anda semua di jemput untuk melawat asrama lelaki RALK di Kg Seri Aman, Puchong !
Datang jangan tak datang.
BOYS’ SHELTER : +603 8061 8050,
Lot 115A, Jalan Bistari 3
Kg. Sri Aman
Batu 14, Puchong
47100 Selangor

~~ ~ God created many kind souls along the way of charity.
Rumah Amal yang ditubuhkan untuk membantu anak yatim, saudara baru dan keluarga miskin. ~~
~~ RABAAH ABDUL AZIZ (FOUNDER) +6019 2227339 ZAWAWI B. RAMLI (CO FOUNDER) +6016 3627913 ~~
Tuesday, May 8, 2007
On Eye

Oleh ROSLAH OTHMAN
GEMBIRA dan menghiburkan!. Itulah perasaan yang diluahkan sebahagian kanak-kanak kurang upaya dari Pusat Dalam Komuniti (PDK) Puncak Jalinan Kasih, Batang Kali dan anak-anak yatim dari Rumah Amal Limpahan Kasih ketika ditanya pengalaman mereka selepas menaiki buaian roda terbesar di Asia Tenggara Malaysia On Eye, di Taman Tasik Titiwangsa, baru-baru ini.
Walaupun tidak dapat menandingi ketinggian buaian roda London Eye (135 meter) di London, United Kingdom atau jambatan angkasa Menara Berkembar Petronas (170 meter), Eye on Malaysia nyata memberikan pengalaman manis kepada kira-kira 70 kanak-kanak ini.
Walaupun tidak dapat menandingi ketinggian buaian roda London Eye (135 meter) di London, United Kingdom atau jambatan angkasa Menara Berkembar Petronas (170 meter), Eye on Malaysia nyata memberikan pengalaman manis kepada kira-kira 70 kanak-kanak ini.
Dengan ketinggian kira-kira 60 meter, kanak-kanak ini bukan sahaja dapat menyaksikan panorama ibu negara dalam radius 20 kilometer di sekeliling buaian roda tersebut, tetapi juga merasai sendiri menaiki buaian roda yang menjadi antara mercu tanda Tahun Melawat Malaysia 2007.
Bagi yang berkerusi roda tidak menghalang mereka untuk naik sama kerana dua buah gondola khas untuk OKU juga disediakan, terutamanya untuk kegunaan mereka yang berkerusi roda.
Turut serta merasai pengalaman menaiki buaian beroda itu ialah Penaung Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) cawangan wanita Bukit Antarabangsa, Datin Sri Anggraini Sentiya dan Pengerusinya, Datin Seri Suliza Salam, ahli-ahli Perkim serta para petugas kedua-dua pusat.
Program anjuran Perkim cawangan wanita Bukit Antarabangsa itu turut mendapat sokongan pihak Mst Ad Suria Sdn. Bhd, syarikat yang bertanggungjawab mengendalikan Eye on Malaysia sejak dilancarkan pada 6 Januari lalu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawai.
Ditanya mengenai program yang dianjurkan, kata Saliza ia merupakan sebahagian aktiviti persatuan dalam kerja-kerja kebajikan, khusus untuk golongan kanak-kanak kurang bernasib baik.
“Kami mahu kanak-kanak ini gembira dan sentiasa berasakan mereka tidak pernah disisihkan, terutama ahli keluarga sendiri’’ ujarnya,
Selain menikmati hidangan makan tengahari, kanak-kanak turut menerima cendera hati serta wang tunai.
artikel asal dari Utusan Malaysia dan http://anakyatim.org/home/index.php?option=com_content&task=view&id=14&Itemid=1 .
~ God created many kind souls along the way of charity. ~
~ Rumah Amal yang ditubuhkan untuk membantu sebahagian dari anak yatim, saudara baru dan keluarga miskin. ~
RABAAH ABDUL AZIZ (FOUNDER) +6019 2227339
ZAWAWI B. RAMLI (CO FOUNDER) +6016 3627913
BOYS’ SHELTER : 03 8061 8050
GIRLS’ SHELTER : +603 8068 4640
Labels:
lawatan,
media,
perkim,
ralk friends,
visit
Sunday, April 22, 2007
Subscribe to:
Posts (Atom)