Tuesday, September 25, 2007

Jamuan Iftar, Moreh & Sahur 15hb Sept 2007

Sebahagian dari penghuni RALK dan juga tetamu jemputan dari Pusat Tahfiz Linggi. Pizza yang menjadi rebutan.

Sekumpulan ibu-ibu mengumpul dana dari rakan sekerja dan rakan seperumahan untuk menganjurkan Jamuan Iftar & Moreh untuk penghuni dan pekerja RALK. Sejumlah RM1800 telah berjaya dikumpulkan melalui rakan-rakan sepekerjaan di Syarikat Penerbangan Yang Memberi Kacang Paket percuma, ahli egroup UKS dan juga dari kenalan dari Bukit Jelutong, Taman Bukit Subang dan Saujana Utama.
Rakan saya Adlina dari Saujana Utama telah dengan sukacitanya membeli ais krim potong sebagai pemanis majlis.


Menu yang menarik seperti Nasi Ayam, Sirap Bandung Bersoda, Pizza dan juga Ais Krim Potong menjadi tarikan utama. Semua makanan yang disediakan mencukupi sehingga untuk Sahur. Atas masaalah pengangkutan, penghuni perempuan berbuka puasa di asrama mereka di Tmn Bukit Puchong2. Menu yang sama telah di hantar ke asrama perempuan. Majlis ini telah dapat dijayakan dengan bantuan dari sekumpulan pelajar wanita dari Universiti Malaya yang telah menghadirkan diri secara sukarela di RALK Kg Seri Aman sejak dari siangnya untuk membantu urusan dapur.

Teacher Shafinaz tu yang berserba pink. 70% dari jumlah kutipan adalah hasil dari usaha Teacher Shafinaz. Donor lainnya termasuklah Mama Zuraini & Mama Akmar yang tidak dapat menghadirkan diri secara fizikal tetapi kehadirannya di rasai secara material.



Ibu-ibu dan anak Ibu yang berusaha menjayakan majlis. Tetamu jemputan lainnya. Shafinaz dan anakanda-anakandanya ...
video