Oleh ROSLAH OTHMAN
GEMBIRA dan menghiburkan!. Itulah perasaan yang diluahkan sebahagian kanak-kanak kurang upaya dari Pusat Dalam Komuniti (PDK) Puncak Jalinan Kasih, Batang Kali dan anak-anak yatim dari Rumah Amal Limpahan Kasih ketika ditanya pengalaman mereka selepas menaiki buaian roda terbesar di Asia Tenggara Malaysia On Eye, di Taman Tasik Titiwangsa, baru-baru ini.
Walaupun tidak dapat menandingi ketinggian buaian roda London Eye (135 meter) di London, United Kingdom atau jambatan angkasa Menara Berkembar Petronas (170 meter), Eye on Malaysia nyata memberikan pengalaman manis kepada kira-kira 70 kanak-kanak ini.
Walaupun tidak dapat menandingi ketinggian buaian roda London Eye (135 meter) di London, United Kingdom atau jambatan angkasa Menara Berkembar Petronas (170 meter), Eye on Malaysia nyata memberikan pengalaman manis kepada kira-kira 70 kanak-kanak ini.
Dengan ketinggian kira-kira 60 meter, kanak-kanak ini bukan sahaja dapat menyaksikan panorama ibu negara dalam radius 20 kilometer di sekeliling buaian roda tersebut, tetapi juga merasai sendiri menaiki buaian roda yang menjadi antara mercu tanda Tahun Melawat Malaysia 2007.
Bagi yang berkerusi roda tidak menghalang mereka untuk naik sama kerana dua buah gondola khas untuk OKU juga disediakan, terutamanya untuk kegunaan mereka yang berkerusi roda.
Turut serta merasai pengalaman menaiki buaian beroda itu ialah Penaung Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) cawangan wanita Bukit Antarabangsa, Datin Sri Anggraini Sentiya dan Pengerusinya, Datin Seri Suliza Salam, ahli-ahli Perkim serta para petugas kedua-dua pusat.
Program anjuran Perkim cawangan wanita Bukit Antarabangsa itu turut mendapat sokongan pihak Mst Ad Suria Sdn. Bhd, syarikat yang bertanggungjawab mengendalikan Eye on Malaysia sejak dilancarkan pada 6 Januari lalu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawai.
Ditanya mengenai program yang dianjurkan, kata Saliza ia merupakan sebahagian aktiviti persatuan dalam kerja-kerja kebajikan, khusus untuk golongan kanak-kanak kurang bernasib baik.
“Kami mahu kanak-kanak ini gembira dan sentiasa berasakan mereka tidak pernah disisihkan, terutama ahli keluarga sendiri’’ ujarnya,
Selain menikmati hidangan makan tengahari, kanak-kanak turut menerima cendera hati serta wang tunai.
artikel asal dari
Utusan Malaysia dan
http://anakyatim.org/home/index.php?option=com_content&task=view&id=14&Itemid=1 .
~ God created many kind souls along the way of charity. ~~ Rumah Amal yang ditubuhkan untuk membantu sebahagian dari anak yatim, saudara baru dan keluarga miskin. ~RABAAH ABDUL AZIZ (FOUNDER) +6019 2227339ZAWAWI B. RAMLI (CO FOUNDER) +6016 3627913 BOYS’ SHELTER : 03 8061 8050 GIRLS’ SHELTER : +603 8068 4640